Pendidikan di hujung jari anda.

Siapakah Kami

Kami adalah aplikasi pendidikan yang berhasrat untuk memperkasakan masyarakat dengan menyediakan akses pendidikan yang berkualiti. Kami terdiri daripada guru-guru, pembangun perisian dan pemangkin pendidik yang bersemangat dalam membawa satu misi menyediakan pendidikan berkualiti kepada orang ramai. Kami telah mendidik lebih daripada 450,000 orang pelajar di seluruh Asia Tenggara – dan kami baru saja bermula!

 

Apa Yang Kami Lakukan

Kami menawarkan pembelajaran Bahasa Inggeris yang boleh diakses oleh semua orang dengan kursus yang berpatutan dan berkualiti tinggi melalui aplikasi mudah alih. Kami mengajar Bahasa Inggeris menggunakan bahasa percakapan masyarakat setempat, jadi ianya bukanlah sesuatu yang asing. Dengan 30 tahun penyelidikan dan pembangunan dan 20 tahun pengalaman mengajar, metodologi pembelajaran SOLS selaras dengan Cambridge, yang mana membolehkan anda untuk menduduki ujian Cambridge selepas melalui pengajaran ini.

Mengapakah Kami Melakukan Ini

Kami mendapati bahawa Bahasa Inggeris adalah jambatan untuk mendapatkan kerja dan pengajian yang lebih baik atau memperbaiki kehidupan secara umumnya. Tidak dinafikan, pada masa kini, Bahasa Inggeris penting untuk urusan harian seperti pekerjaan, melancong atau melanjutkan pelajaran. Antara faktor yang menyebabkan 72% populasi umum tidak dapat berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris untuk pekerjaan adalah disebabkan oleh kekangan kualiti pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah awam. Bahasa Inggeris adalah untuk semua dan tidak eksklusif hanya bagi mereka yang mempunyai kewangan atau pengalaman di sekolah swasta atau sekolah-sekolah di bandar.

 

Ke Mana Hala Tuju Kami

Bahasa Inggeris adalah bahasa sejagat dalam perniagaan. Kami ingin melihat masa depan yang mana semua orang, tidak kira latar belakang, mempunyai peluang yang sama rata untuk menawarkan kemahiran mereka yang boleh dilakukan dari rumah kepada mana-mana negara di seluruh dunia. Kami mahu menawarkan peluang yang sama rata untuk masa depan yang lebih cerah.

Nilai Kami

  • Pembelajaran Berterusan

    Pembelajaran tidak akan terhenti. Kami percaya dengan pembelajaran berterusan. Kami menggalakkan kumpulan kami untuk belajar perkara baru dan berkongsi apa yang telah dipelajari antara satu sama lain, untuk kami sentiasa meningkatkan prestasi. Semakin banyak yang kami tahi, semakin banyak yang kami dapat lakukan untuk berkhidmat untuk anda.

  • Peluang

    Kami mewujudkan peluang dengan menyediakan persekitaran untuk bercambah – tidak kira apa latar belakang mereka. Kami menghargai maklumbalas dan kebebasan serta memberi ruang kepada ahli kumpulan untuk menguji idea mereka.

  • Kepelbagaian

    Kumpulan SOLS edu Pro terdiri daripada pelbagai latar belakang dan budaya dari seluruh dunia. Komited dalam kerja masing-masing, setiap individu menyumbang kepada sikap keterbukaan, kreatif dan saling menyokong antara satu sama lain. Hal ini juga diterjemahkan dalam aplikasi kami, yang mana sekarang tersedia dalam bahasa pertuturan setempat iaitu Bahasa Malaysia, Mandarin & Bahasa Indonesia. Kami akan menambah lagi bahasa lain pada masa akan datang!

Anugerah & Pencapaian

null

2018 – Winner

Europa Awards for Sustainability for Best Sustainability Leader
null

2018 – Winner

Community Champion Astro Uruthunai Award
null

2017 – Winner

Social Entrepreneur of the Year, SME & Entrepreneurship Business Awards
null

2016 – Winner

UNESCO Wenhui Award
for Educational Innovation