Kami mengambil privasi pelanggan kami secara serius dan kami hanya mengumpul, merakam, memegang, menyimpan dan menggunakan maklumat peribadi anda seperti yang digariskan di bawah.

Perlindungan data memerlukan kepercayaan dan privasi anda adalah penting kepada kami. Oleh itu, kami hanya akan memproses nama dan maklumat lain yang berkaitan dengan anda dalam keadaan yang digariskan di dalam Polisi Privasi ini. Kami hanya akan mengumpul maklumat dimana ianya satu keperluan kepada kami untuk melakukannya dna kami hanya akan mengumpul maklumat yang relevan semasa berurusan dengan anda. Kami hanya akan menyimpan maklumat selama yang dibenarkan oleh undang-undang atau selama ianya relevan kepada tujuan ia dikumpulkan.

Jika anda mempunyai sebarang komen atau cadangan, sila hantarkan kepada kami melalui alamat kami atau dengan menghubungi kami.

 

Mendapatkan Maklumat Peribadi

SOLS edu Pro tidak menjual, berkongsi atau mendagangkan maklumat peribadi pelanggan yang dikumpulkan secara atas talian bersama pihak ketiga. Maklumat peribadi yang dikumpul secara atas talian hanya akan digunakan di dalam organisasi kami dan kepada pihak ketiga bagi tujuan ia dikumpulkan, yang dibenarkan oleh anda. Sebagai contoh, transaksi jualan produk pilihan anda di aplikasi telefon bimbit kami.

Apabila anda mendaftar akaun SOLS edu Pro, maklumat peribadi yang akan kami dapatkan termasuklah:

  • Nama
  • Pengenalan Peribadi (I/C atau Passport)
  • Alamat E-mel
  • Nombor telefon
  • Kaum/Etnik
  • Pekerjaan
  • Butiran kredit kad dan kaedah pembayaran

 

Maklumat peribadi wajib yang kami dapatkan daripada anda akan digunakan dan atau dikongsi di dalam organisasi kami dan kepada pihak ketiga bagi salah satu atau beberapa tujuan:

  • Untuk memproses pesanan anda dan bagi memberikan anda dengan servis dan maklumat yang ditawarkan menerusi aplikasi mobil kami dan yang mana anda mungkin akan perlukan.
  • Untuk membenarkan kami menguruskan akaun yang didaftarkan bersama kami.
  • Untuk mengesahkan dan menjalankan transaksi kewangan yang berkaitan dengan pembayaran yang akan anda lakukan secara atas talian. Sebagai contoh, pembayaran yang anda lakukan menerusi aplikasi kami akan diproses oleh agen yang dilantik. Pendedahan kepada agen pemproses data yang mana agen tersebut dilantik oleh kami adalah penting bagi tujuan menjalankan transaksi jualan produk yang anda telah pilih.
  • Maklumat peribadi seperti tarikh lahir, pekerjaan, dan jantina adalah digunakan untuk menjalankan kajian terhadap demografi pengguna kami dan bagi kami mempersonalisasikan isi kandungan untuk menambah baik pengalaman anda apabila anda melawat aplikasi kami. Dengan memberi kami maklumat peribadi yang tidak mandatori ini, anda adalah bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada kajian kami dan untuk menerima cadangan atau maklumat seperti yang digariskan di atas.

 

Melanggan kepada Bahan Pemasaran dan Promosi Kami

Sebagai tambahan kepada maklumat peribadi yang digariskan di atas, apabila anda mendaftar akaun SOLS edu Pro bersama kami, anda mungkin melanggan kepada bahan pemasaran dan atau promosi daripada masa ke semasa. Bahan pemasaran dan promosi ini mungkin dihasilkan dalam organisasi kami sepenuhnya atau melalui pihak ketiga. Anda sentiasa boleh memilih untuk tidak melanggan daripada maklumat pemasaran pada sebarang masa dengan memilih kepada fungsi tidak melanggan dalam bahan pemasaran elektronik.

 

Mengakses dan Mengemas Kini Maklumat Peribadi anda

Anda boleh mengakses dan mengemas kini maklumat peribadi anda pada sebarang masa dengan mengakses akaun ada di aplikasi telefon SOLS edu Pro.

 

Keselamatan Maklumat Peribadi anda

SOLS edu Pro memastikan segala maklumat yang dikumpulkan akan disimpan dengan selamat dan terjamin. Kami melindungi maklumat peribadi anda dengan:

  • Membenarkan akses kepada maklumat peribadi dengan hanya menggunakan kata laluan
  • Mengekalkan produk teknologi untuk menghalang akses komputer yang tidak disahkan
  • Menghapuskan maklumat peribadi anda dengan selamat apabila ia tidak lagi diperlukan bagi tujuan penyimpanan rekod kami

SOLS edu Pro menggunakan 128-bit SSl (Secure Sockets Layer) teknologi penyulitan apabila memproses butiran kewangan anda. 128-bit SSL penyulitan adalah dianggarkan akan mengambil sekurang-kurangnya satu trillion tahun untuk dipecahkan, dan industri ini adalah standard.

 

Pendedahan Maklumat Peribadi

Kami tidak akan berkongsi maklumat anda dengan organisasi lain selain daripada kumpulan korporat kami dan pihak ketiga secara langsung dan dengan fungsi yang berkaitan di aplikasi yang mana anda dibenarkan. Dalam keadaan yang memerlukan, SOLS edu Pro mungkin diperlukan untuk mendedahkan maklumat peribadi, sebagai contoh apabila terdapat kepercayaan teguh bilamana pendedahan tersebut perlu untuk menghalang ancaman kepada kehidupan atau kesihatan, atau yang diperlukan oleh undang-undang.

SOLS edu Pro komited untuk patuh kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, secara amnya, polisinya beserta garis panduan dan arahan di dalamnya.

Jika anda percaya bahawa privasi anda telah dilanggar oleh SOLS edu Pro, sila hubungi kami dan kami akan menyelesaikan permasalahan tersebut.

 

Mendapatkan Data Komputer (Tidak Semestinya Maklumat Peribadi)

Apabila anda melawat SOLS edu Pro, pelayan syarikat kami akan secara automatik menrekod maklumat yang pelayar anda keluarkan bilamana anda melawat sebuah aplikasi mobil. Data ini termasuklah:

  • Alamat IP komputer anda
  • Jenis pelajar
  • Halaman web yang anda telah melawat sebelum anda melayari aplikasi kami
  • Halaman dalam SOLS edu Pro yang anda lawat
  • Masa yang anda gunakan untuk menggunakan halaman, item dan maklumat yang dicari di halaman kami, tarikh dan masa akses, dan statistik lain

Maklumat ini dikumpulkan untuk analisis dan pemantauan dalam usaha untuk membantu kami menaiktaraf aplikasi kami dan servis dan produk yang kami tawarkan.

 

Perubahan kepada Polisi Privasi

SOLS edu Pro berhak untuk mengubah dan menukar polisi privasi pada sebarang masa. Sebarang perubahan dalam polisi ini akan diterbitkan di aplikasi mobil kami. Anda seharusnya menyemak polisi ini setiap kali anda mengakses aplikasi kami supaya anda sentiasa waspada akan versi aplikasi terbaru polisi ini.

 

Aduan terhadap Pelanggaran Privasi

Jika anda tidak berpuas hati dengan cara kami menguruskan pertanyaan atau aduan, sila jangan teragak-agak untuk menghubungi kami.