Tentang kami

SOLS edu Pro merupakan aplikasi pembelajaran Bahasa Inggeris terulung untuk membantu anda menguasai Bahasa Inggeris perniagaan dan meningkatkan potensi pendapatan anda. Metodologi kami berasaskan daripada Kajian & Pembangunan lebih 30 tahun dan 18 tahun pengalaman dalam projek implementasi. Dengan kelebihan pendidikan digital dan latihan, kami menjadikan Bahasa Inggeris senang untuk diakses untuk semua.

Sebagai sebuah organisasi yang telah menjuarai bidang pendidikan untuk lebih 20 tahun, kami sangat memahami kekecewaan yang anda hadapi apabila mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris yang terhad. Halangan dalam bahasa adalah tidak seronok dan boleh menjadi rintangan yang serius dalam peningkatan pencapaian anda di tempat kerja atau dalam pencarian anda kepada peluang yang lebih baik.

Dibawakan kepada anda oleh pencipta yang sama bagi SOLS edu, sebuah sistem pembelajaran berstruktur yang membawakan pendidikan digital kepada komuniti terpinggir di Malaysia, SOLS edu Pro menggunakan metodologi SOLS yang sudah terbukti dan berpandukan standard Cambridge, memastikan anda layak untuk menduduki peperiksaan Cambridge selepas melengkapkan sukatan pembelajaran kami.

Dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang lengkap, anda akan bersedia bagi sebarang temuduga pekerjaan, mengembara ke mana-mana negara, menonton filem Hollywood terbaru tanpa sarikata, atau mempunyai perbualan yang membuka minda dengan mana-mana pelancong. Dengan SOLS edu Pro, Bahasa Inggeris adalah tersedia untuk sesiapa sahaja, tanpa mengira latar belakang, umur atau tahap penguasaan sekarang.

Kit Media

Muat turun ikon aplikasi kami, tangkap layar (screenshot), video dan siaran akhbar di dalam kit media kami.

Pertanyaan Umum

Hubungi kami untuk sebarang media, berita terkini dan sebarang pertanyaan umum.